Thursday, December 9, 2010

Program Kitar Semula E-Waste, Bagan Serai



Program Kitar Semula E-Waste, Parit Buntar








PROGRAM KITAR SEMULA E-WASTE
LOCAL AGENDA 21 KERIAN, PARIT BUNTAR, PERAK

Pada 31 Oktober 2009 (Sabtu) – Unit Local Agenda 21 Kerian (LA 21 Kerian) telah menganjurkan Program Kitar Semula E-Waste (Barangan komputer / barangan elektrik terpakai) di kawasan lapang Bangunan LA 21, Taman Damai 3, Parit Buntar, Perak. Program tersebut telah dirasmikan oleh Encik Ismail Bin Hassan – Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian.
Turut hadir sama agensi yang menjayakan program ini untuk mengadakan pameran iaitu Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Pejabat Kesihatan Daerah Kerian, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dan Syarikat Tes-Amm (Malaysia) Sdn. Bhd.
Barangan e-waste terpakai seperti televisyen, komputer, mesin basuh, peti sejuk telah dibawa oleh penduduk setempat dan dikumpulkan di Bangunan LA 21 pada hari program tersebut. Syarikat Tes-Amm (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mengambil barangan e-waste terpakai yang dikumpulkan untuk tujuan kitar semula. Syarikat Tes-Amm (Malaysia) Sdn. Bhd. juga telah memberi insentif kepada individu yang membawa barangan e-waste terpakai. Jumlah kuanti e-waste yang dikumpulkan pada hari program sebanyak 3.6 metrik tan. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat.



2 November 2009

Jabatan Alam Sekitar Perak
Cawangan Taiping