Wednesday, December 21, 2011

Program Berakit Sungai Perak Tahun 2011

10 Disember 2011 (Sabtu) - Program Berakit Sungai Perak telah diadakan di Nur lembah Lenggong, Perak.









Program Larian Ozon Mesra Alam dan Karnival Alam Sekitar, Lumut

17 Disember 2011 (Sabtu) - Program Larian Ozon Mesra Alam dan Karnival Alam Sekitar telah diadakan di Dataran Marina Wing, Lumut.









Program Komuniti Latexx Manufacturing Sdn Bhd

15 Disember 2011 (Khamis) - Program Komuniti Kawasan Kamunting telah diadakan di Latexx Manufacturing Sdn. Bhd.






Tuesday, November 29, 2011

Program Pameran Alam Sekitar dan Kesihatan







26 November 2011 (Sabtu) - Program Pengindahan dan Keceriaan telah diadakan di Dewan Serbaguna, Taman Serai Permai, Bagan Serai. Perasmian oleh Encik Khairul Amir B. Mohd Zubir, Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian. Turut hadir Y.Bhd. Dato Sham Bin Mat Sahat, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Alor Pongsu.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut iaitu pendaftaran ahli rakan alam sekitar,pertandingan mewarna dan sukan, pameran alam sekitar dan kesihatan.




Thursday, October 13, 2011

Program Rakan Alam Sekitar (RAS) Parlimen Padang Rengas

1 Oktober 2011 (Sabtu)- Program Rakan Alam Sekitar (RAS) Parlimen Padang Rengas telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong, Kati.




Wednesday, October 12, 2011

Program Industri Bersama Komuniti Mukim Sungai Tinggi, Trong









13 Oktober 2011 (Khamis) - Program Industri Bersama Komuniti Mukim Tinggi telah diadakan di Kilang Tian Siang Oil Mill (Perak) Sdn. Bhd, Trong, Perak. Perasmian Oleh Y.B Datuk Haji Rosli Bin Husin, Ahli Dewan Undangan Negeri Perak , Kawasan Trong. Turut hadir Dato'Abu Hasan Bin Mohd Isa, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut iaitu pendaftaran ahli rakan alam sekitar dan gotong-royong Lata Sungai Nyior. Penduduk kampung dibantu oleh Pejabat Perhutanan Trong, Jabatan Pengairan dan Saliran Taiping, Jabatan Alam Sekitar Perak, Rela Trong telah menjayakan gotong-royong membersihkan sekitar kawasan Lata Sungai Nyior tersebut.



Monday, August 15, 2011

Pameran Alam Sekitar, Taman Tasik Taiping





Rakan Alam Sekitar (RAS) Parlimen Larut

<



PROGRAM RAKAN ALAM SEKITAR (RAS)
PERINGKAT PARLIMEN LARUT

Pada 19 Disember 2009 (Sabtu) – Pelancaran Program Rakan Alam Sekitar Peringkat Parlimen Larut telah diadakan di Lata Sempeneh, Batu Kurau, Perak Darul Ridzuan. Program tersebut telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Hamzah Bin Zainuddin – Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Larut.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut iaitu pendaftaran ahli rakan alam sekitar, kempen kitar semula buangan e-waste (barangan elektrik dan elektronik terpakai), gotong-royong perdana, penanaman pokok buah-buahan, pertandingan melukis, menggubah, masakan dan kenduri kampung. Sebanyak 578 pendaftaran baru ahli rakan alam sekitar telah didaftarkan semasa program tersebut. Penduduk kampung dibantu oleh golongan belia telah menjayakan gotong-royong perdana membersihkan sekitar kawasan kampung tersebut.

Syarikat Tes-Amm (Malaysia) Sdn. Bhd. telah dijemput untuk menjayakan kempen kitar semula buangan e-waste seperti televisyen, radio dan CD player. Jumlah kuanti e-waste yang diperolehi sebanyak 2.65 metrik tan bagi tujuan kitar semula.

Disediakan:

23 Disember 2009

Jabatan Alam Sekitar Perak
Cawangan Taiping