Monday, August 15, 2011

Pameran Alam Sekitar, Taman Tasik Taiping





Rakan Alam Sekitar (RAS) Parlimen Larut

<



PROGRAM RAKAN ALAM SEKITAR (RAS)
PERINGKAT PARLIMEN LARUT

Pada 19 Disember 2009 (Sabtu) – Pelancaran Program Rakan Alam Sekitar Peringkat Parlimen Larut telah diadakan di Lata Sempeneh, Batu Kurau, Perak Darul Ridzuan. Program tersebut telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Hamzah Bin Zainuddin – Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Larut.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut iaitu pendaftaran ahli rakan alam sekitar, kempen kitar semula buangan e-waste (barangan elektrik dan elektronik terpakai), gotong-royong perdana, penanaman pokok buah-buahan, pertandingan melukis, menggubah, masakan dan kenduri kampung. Sebanyak 578 pendaftaran baru ahli rakan alam sekitar telah didaftarkan semasa program tersebut. Penduduk kampung dibantu oleh golongan belia telah menjayakan gotong-royong perdana membersihkan sekitar kawasan kampung tersebut.

Syarikat Tes-Amm (Malaysia) Sdn. Bhd. telah dijemput untuk menjayakan kempen kitar semula buangan e-waste seperti televisyen, radio dan CD player. Jumlah kuanti e-waste yang diperolehi sebanyak 2.65 metrik tan bagi tujuan kitar semula.

Disediakan:

23 Disember 2009

Jabatan Alam Sekitar Perak
Cawangan Taiping